Ghost Season 2 (8TV)-Musim 2-

written by Amoi in silent motion

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.






Ghost Season 2 mula ditayangkan pada 19 April 2009 pada setiap Ahad di saluran 8TV. Masa aku tulis entri ni, cerita ni baru masuk episode ke-6. Memang best la cerita ni :Onion73::Onion73:. Aku memang ikut cerita ni dari musim pertama sampai la dah masuk musim ke-2 pun aku still lekat dengan cerita ni. Rasa-rasa ada musim ke-3 tak?:16: Kalau ada mesti bertambah misteri kes pembunuhan dalam cerita Ghost ni.



Sinopsis Ghost Season 2:


Dua tahun berlalu selepas kematian Zack Imran (Nazrudin Habibur Rahman), kerjaya Eza (Cheryl Samad) sebagai wartawan sudah banyak berkembang ketika dia sedang menyiasat kehilangan Alicia Soo (Melissa Campbell), anak perempuan kepada Edmund Soo (Colin Kirton), seorang peguam yang digeruni ramai. Di tengah pencarian misteri ini, Eza bertembung dengan hantu baru yang hanya bergelar Harum (Isma Hanum) dan diminta menyiasat kematian Harum pula. Pada masa yang sama, Edmund menggaji seorang penyiasat persendirian bernama Alam (Anding Indrawani) yang berkebolehan luar biasa.




Opening Montage Ghost Season 2:



Untuk download lagu Masih Jua (Opening Montage) sila klik image DOWNLOAD di bawah ini:



Episode Ringkas:

Episode 1: 19 April 2009= Eza memulakan peneyiasatan kehilangan Alicia Soo. Dia mengunjungi sebuah rumah usang di Jalan Abdullah untuk mencari klu dan bertembung dengan hantu bernama Harum. Pada masa yang sama, seorang penyiasat misteri bernama Alam memperagakan kebolehan luar biasanya di hadapan bapa Alicia.


Episode 2: 26 April 2009= Eza mengenali latar belakang dan pengalaman terakhir hayat Harum, dan perlu bekerjasama dengan Alam. Harum juga cuba mempelajari kebolehan dirinya sebagai hantu. Suspek yang dijejaki ialah Mansur yang pernah membeli dadah dari Harum di hari-hari terakhir hayatnya, maka terancamlah kerjaya dan nyawa Eza.



Episode 3: 3 Mei 2009= Seutas gelang milik Alicia berukir huruf "A&R FOREVER" menjadi klu terbaru. Adakah R ini singkatan Dato' Razak yang pernah cuba melamar Alicia? Alam dan Eza memecah masuk pejabatnya untuk mendapat kepastian. Sementara itu, ada seorang kawan lama Fairuz yang cuba menawan hatinya. Atau huruf R tadi itu milik Ridzuan, seorang pemuzik yang mempunyai seutas lagi gelang yang sama ukirannya?



Episode 4: 10 Mei 2009= Dato' Razak dibunuh, lalu dikudung sebatang jarinya untuk dihantar ke rumah Eza. Sekali lagi Eza menjenguk Ridzuan untuk mendengar lagi kisah, lalu menerima sebilah pembuka botol yang ada kesan darah, sementara Alam berjumpa dengan Zamri yang membawa barang-barang milik Alicia. Zamripula yang menjadi sasaran, sementara Harum datang untuk menengking Ridzuan kerana hubungannya dengan Alicia. Ridzuan yang diperkosa oleh zaman silam bersama Harum cuba membunuh diri, tetapi dihalang oleh Eza dan Alam, lalu dimasukkan ke hospital sambil disiasat oleh polis.



Episode 5: 17 Mei 2009= Edmund pergi ke hospital untuk memaksa Ridzuan untuk menjawab Alicia di mana, hanya untuk mendengar kisah asal-usul Harum yang menggemparkan Edmund sendiri. Eza mendapati Alam rupa-rupanya sedang menyamar sebagai penyiasat dan pernah dihantar ke hospital atas masalah kesihatan mental gara-gara "kebolehan istimewanya". Ridzuan diculik oleh seorang rakan Edmund untuk disoal lagi mengenai Alicia, sementara Eza dan Alam menemui klu lagi dalam foto Edmund bersama ibu Harum.



Episode 6: 24 Mei 2009= Ridzuan dibunuh oleh Wai setelah mengungkitkan hal seorang bernama Romeo ketika diculik. Setelah menggelintar buku diarinya, Harum teringat akan seutas kunci yang membuka sebuah peti rahsia milik Alicia Soo, lalu meminta Eza dan Alam mencarinya. Setelah terbongkarnya rahsia bahawa Alicia dan Harum sama ibunya, maka Edmund bersemuka lagi dengan ibu Harum.




Drama ni dijangka tamat pada 21 Jun 2009. Kalau nak tengok cerita ni sila masuk ke Youtube dan taip "8tv Ghost Season 2" ataupun masuk link ni terus.



Via: Wikipedia | NoorHidayat


post signature


tag: , , , ,

18 jenis rojak:


zelo55 said...

ramai dah buat entri positif pasal cerita ni...
rsenye dah masuk dalam list wajib tengok ni..
ho3...
knela download dari awal season 1...
tpi org kate worth to watch...jd kne ar download...

muahahahaha...

[a.m.o.i] ™ said...

@5783239928268535272.0
tak yah donlot, terus tgk dari Youtube tapi kalau malas nak tunggu youtube abis buffer baik donlot terus^^

princessfrogy said...

wei amoi kita sama la..
suka gila tgk citer ghost ni..
tapi season 2 dah miss 2 episod...huhu
lpas ni kna miss agla.. balik kg..
suka sgt.. lebih2 ag season 2 ada anding
lalala

[a.m.o.i] ™ said...

@4988184714056370728.0
amoi maybe tak dpt tgk episode last dia kot sebab masa tu amoi dh ada kat MMU. lagi sedih. tgh fikir cuba nak tgk kat YouTube nnt =p

miss GAZA said...

amoi,
saya mmg minat sunggoh cita ni..
tak pnah miss lagi takat ni.
season 1 pon dlu sama!
mmg best kn amoi kn?

btw,
nice bloggla.
mntak izin link ya..
thanx

PakciQue said...

Wah! Thanks sebab link kan ke blog aku. Terima kasih sangat-sangat.

bd fabregas said...

aku nak gak bagi link download utk cite ni tp xtau la apsal web media prima xleh bukak kt tenet umah aku ni..

[a.m.o.i] ™ said...

@6487487432551441134.0
sng2 donlot je video youtube tu.haha.

[a.m.o.i] ™ said...

@3485176787660879355.0
aku tak amalkan plagiat, tu pasal aku kredit utk ko^^

[a.m.o.i] ™ said...

@3239812578705144885.0
thnkx sebab sudi amik link amoi^^

MuNsYi^SaMa said...

hoho..xpenah tgk cite ni..dgr mcm best.

[a.m.o.i] ™ said...

@6313737457113067801.0
tak penah tgk? siyes ke ni?
cter ni mmg best. >"<

Na Shari said...

Akak tak pernah miss citer ni sejak season 1 lagi...best giler...jarang ada citer melayu yg best camni...

oktant said...

cite ni mmg best. slalu follow cite ni musim lps. tp musim 2 ni sy blum tgk lg. aduh.. dah tertinggal jauh ni. huhu...

[a.m.o.i] ™ said...

@6765560984414359523.0
tgk kat uTube or website 8tv je sng^^. tanpa iklan.haha.

[a.m.o.i] ™ said...

@1834255388266021625.0
rasanya ni drama melayu yang paling best kat mesia kot^^

MuNsYi^SaMa said...

@6841682076264416565.0

serious xpenah tgk. byk tgk japanese dorama je. hehe. pepe pun akan try tgk. suke tgk drama yg dh abis je. snang tgk skali gus.

[a.m.o.i] ™ said...

@5733914641455523933.0
drama ni pun best pe. sejuta bintang utk drama ini^^

Semua komen akan di-approve oleh saya sebelum ianya di-publish ok? :)


 
Modified By amoi rojak | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top
Hit Counter