[4:55am]: Perghhh. Aku berjaga sampai waktu macam ni untuk main game Hotel 626. Game ni agak scary la jugak. Kalau pertama kali main game ni mesti korang terperanjat beruk dan menjerit mengalahkan hantu dlm game ni punya la.haha. Kali pertama aku main aku banyak skip sampai ending. Mana tak nya. Aku tak paham cara main dia.hehe. Lepas tu search kat Youtube pasal game ni dan main lagi dan lagi sampai la aku cukup berani main game ni tanpa skip.heh!
Game ni hanya boleh dimain pada pukul 6pm hingga 6am sahaja. Saje nak kasi saspen suruh orang main waktu-waktu macam tu.hahaha. Kalau nak main tapi malas sangat tunggu pukul 6pm, korang adjust je jam kat laptop korang tu ;pp.
Siapa yang ada penyakit jantung atau lemah semangat dan juga akak-akak yang tengah mengandung disarankan jangan la try game ni. Nanti ada side effect.hoho. Tapi kalau nak main jugak, dipersilakan. Sebarang kecelakaan semasa/selepas bermain game ni aku tak kan tanggung.heh!
Jom rasai ketakutan di Hotel 626. Korang boleh either pilih Commit atau Check In. Tapi aku lebih selesa Check In dengan mendaftarkan diri. Commit ni maksudnya korang main game ni pakai akaun Facebook/Twitter korang.
Kalau korang rasa unsecure sangat, tak yah la on web cam. Takat pasang headphone pun dah cukup. Sebab kalau korang pasang web cam nanti game tu secara senyap-senyap amik gambar korang masa muka korang tengah terkejut sampai muka macam alien dan terpampang kat dalam game tu.hahaha!
Paling tak leh blah ketakutan aku ni, masa tengok muka baby ni.
Mak aih. Kali pertama tengok terkejut sampai menjerit. Kali kedua tengok dan seterusnya hmmm dah biasa.haha.Ni hantu@orang gila yang paling aku menyampah dalam game ni.
Serius aku menyampah gila. Kenapa? Sebab dia bising nak mati sampai aku tak leh dengar apa yang dicakap oleh suara berbisik yang memberitahu klue untuk aku lepaskan diri dari bilik orang gila ni.huh!Ok. Kalau nak tahu ending game ni macam mana, korang kena la try scary game ni. Game ni boleh la tahan. Sound effect pun bagus. Just muka hantu tu, kasi takut sikit boleh?hehe.
Ok. Aku nak tidur. Maybe nak pergi tengok Alice In The Wonderland 3D punya. Harap-harap tiket masih ada :D.





















14 jenis rojak:
1st
Game ni hanya bole main start dari kul 6pm sampai 6am jer ke?.. Hehee.. Nmpak macam best juga..nak try jga lah..hehe.. :P
series weih, game ni ending ni scary nak mampos. seminggu aku tak tidur malam main game ni karang. hahaha.. tengok orang main je
wah mcm menakutkan jerk
menarik...sy pun nk cuba la walaupun mmg jenis penakut...hehe
gua nak main lepas tu cakap hotel tutup. almaklumlah nak main pukul 6pm sampai 6am memang gua tak berani lah HA HA HA
wah , mcm best. nak trylah :)
Macam interesting je. Nak try jugak lah. Hoho
*Sbenarnya dh kecut perut dh tengok gmbar tu.
nk try.. tp lmbt loading lak.. adeh mxs berukbnd ku ni..
woah, aritu bace fb status sis, gila ah main pagi2 buta game ni. haha. serious nak try, tapi takuuuuuuut menghantui diri. :D
mcm best je..
ni game online ke? ke kne install?
@x-po: game on9. tak yah install. tapi tenet ko kena cukup laju la. kalau tak tersekat-sekat. tak best :22
Kak Amoi, ada tips ni, kalau akak nak main 3 petang pon boleh, akak adjust waktu kat pc/laptop akak jer jadi kol berapa yg akak nak...
Semua komen akan di-approve oleh saya sebelum ianya di-publish ok? :)