Ok. Aku percaya korang semua mesti pernah mengamalkan diet kan untuk kelihatan langsing lagi mengancam khususnya kaum perempuan kan. Tapi actually pernah tak korang terfikir cara korang berdiet tu kadang-kala adalah salah. Aku rasa majoriti yang berdiet mengamalkan cara MENAHAN LAPAR. Sebenarnya cara MENAHAN LAPAR tu salah. Tak adalah salah di sisi undang-undang heh. Apa kau ingat dengan bertahan lapar selama 3 hari 3 malam maka perut buncit kau tu akan hilang lah eh? Tak. Tak. Tak. Kesian badan korang kann, kena seksa sebab mengamalkan cara berdiet yang salah.
Cara berdiet yang betul ialah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Aku malas nak huraikan apa tu pemakanan seimbang. Korang dah cukup besar untuk memikirkannya. Sila lihat piramid makanan yea. Lepas tu dah berdiet tu, dalam seminggu at least 2 kali kena berjogging. Ha. Itu baru dikira diet yang betul. Tak kira lahh kau nak pergi gym angkat berat ke apa ke. Janji ko melakukan senanman. Baru keluar peluh.

Aku cukup tak suka lahh manusia yang berdiet mengamalkan cara tahan lapar ni. Dia ingat tahan lapar kalori dia dalam badan dia terbakar lah heh. Kena lakukakn senanman gak untuk keluarkan peluh. Untuk bakar kalori. Dah lahh tahan lapar. Aku tengok even dia tahan lapar pun, perut buncit dia still size tu juga. Tak pernah kempis. So aku rasa adalah membuang masa kalau tahan lapar ni.
Bayangkan seharian korang tahan lapar. Nanti tengah malam kang korang lapar. Nafsu makan membuak-buak, maka korang pun melantak. Oh~ Sudah gemuk 3 kilo.haha. Aku rasa orang jenis yang tahan lapar ni boleh kalahkan orang yang berpuasa.haha.
Aku? Tak pernah berdiet dalam seumur hidup aku pun. Makan bila lapar. Tu pasal berat badan makin naik. Bukan makin menurun.haha. Tunggu lahh aku dapat hidayah untuk berdiet la yea. Kalau aku dah gembira dengan badan aku sendiri nak buat apa diet-diet ni.hoho.
p/s: Jangan pula makan pil kurus segala tu yea. Merosakkan hati kau je.





















6 jenis rojak:
haha....
diet tu memang dari segi makanan dan juga senaman..tapi untuk dapat kedua-dua aspek tuh dengan hasil yang paling mantap ialah kita kena ada disiplin diri yang tinggi...jangan hangat-hangat tahi ayam...
ko comel ape?cubit pipi sikit?hahaha....
@pistonpecah yea. comel dengan pipi tembam. aku nak selawa Hanis Zalikha tak tercapai lagi :27
diet tuh pemakanan seimbang sayang. makan ikut gizi. betol. x dengan tahan makan.nanti metabolisma malas.ala, nak kurus konon lawa tp nanti bawak muka sememey x tentu tempat... x lawa jugakkan? :)
betul2.. aku pn kurang setuju org yg diet setakat tahan lapar tp x buat exercise :)
bagi aku makan tu penting.. cuma pandai2 la kawal kn :p
exercise..samada nak kurus ke nak gemok.
exerscie, work out tu mmg kena buat. jgn kasi lemak berlebihan dlm badan. :18
secara teorinya, semua tips diet yg kita dengar di luar sana adalah berkenaan 'mengurangkan pengambilan' kalori (makanan) tapi 'meningkatkan penggunaan' kalori (aktiviti), dan semua ini bersamaan dengan weight loss.. adakah kita perlukan pil kurus dan jus mate 5 utk kurus? tidak.. apa yg kita perlukan hanya satu, iaitu ILMU..
Kesan low-carb diet hanyalah sementara. Kenapa?
Sebabnya, tiada bukti saintifik yang menunjukkan lambakan diet-diet di luar sana (termasuk Atkins diet) boleh menyebabkan turun berat badan, melainkan pengurangan pengambilan Kalori (DCR) dalam sehari. Oleh yg demikian, mereka yg mengamalkan low-carb diet ni mungkin turun berat badan disebabkan KURANGNYA pengambilan satu macronutrient penting dalam diet, iaitu karbohidrat. Perlu ingat bahawa nilai kalori datangnya dari 3 macronutrient asas, iaitu Karbohidrat, Lemak dan Protein. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di 'keluarkan' dari senarai pengambilan sehari-hari, bererti telah mengurangkan pengambilan kalori beliau dalam sehari = turun berat badan.
Kesan jangka masa panjang jika kita kurang ambil karbohidrat = lethargic/lesu = metabolism rate jatuh = naik berat badan. Sebab tu saya selalu tengok, orang yg amal low carb, mungkin 1-2 tahun je kekal, pastu KOMPOM berat badan dia akan naik balik..
My tips berkenaan diet dan kesihatan
http://sususejat.blogspot.com
Semua komen akan di-approve oleh saya sebelum ianya di-publish ok? :)