Ciri-Ciri Lanun dalam Shoutbox Blog

written by Amoi in silent motion
Again. Tulis satu entry yang aku menyampah dengan segelintir bloggers tapi seperti biasa aku tak akan namakan siapakah mangsa itu yer. Sampai sekarang tak ada siapa yang boleh teka siapa yang aku maksudkan dalam entri Camwhore Dalam Blog Sangat Annoying. Fikir aku tulis suka hati je ke. Siapa makan gula dia yang terasa manisnya right?LOL

Hari ini aku nak tulis pasal shoutbox yang kau semua taruk dalam blog kau tu. Hampir 80% blog yang aku pergi mesti ada shoutbox kan. Tapi aku nak cakap pasal shoutbox aku lah. Malas nak kutuk shoutbox blog orang lain padahal shoutbox sendiri pun macam tu gak.LOL.

Aku tak tahu berapa banyak point aku akan isi nanti. Sebab aku tulis ikut apa yang terlintas dari kepala otak aku yang tak berapa betul dua tiga hari ni.HAHA. Tapi yang pasti mesti ada sekor dua lanun yang terasa dengan point aku.muahahahaha! (evil laugh with evil look)


Kalau kau hanya berniat blog walking dan tinggalkan mesaage kat shoutbox aku seperti ini : "hye. Come and visit my blog" etc etc itu semua. Aku tak kisah. Kadang-kadang aku tergerak hati gak nak tahu kau siapa. Bila aku dah masuk blog kau tu. Aku view and scroll from top to bottom. Mana tahu ada entri best dari blog kau aku boleh komen. Tapi tak ada yang menarik perhatian aku.LOL. Bosan-bosan aku ajak kau sembang cik kiah kat shoutbox blog kau :DD.

Lepas dua tiga hari kau masuk lagi blog aku. And you leave the same message again in my shoutbox! *sigh. Dan kau expect aku nak buat apa dengan message kau tu? Masuk blog kau lagi sekali and start over again our conversation? No way! Dari sana aku dah tahu apa motip kau tinggal message yang sama kat shoutbox aku dan jugak shoutbox orang lain. Tak lain dan tak bukan sebab nak kejar traffic kan! Huh.


Sanggup plak duduk depan PC selama 3 jam untuk blog walking and blog walking. Bisul kang bontot kau.kah kah kah. Alasan cuma satu. Nak kasi maintan jumlah visitor dalam sebulan. Penting sangat ke jumlah visitor tu? Masa yang terluang tu baik kau pergi cari bahan untuk updated entry. Kalau entry kau best kau tak payah panggil pun orang masuk blog kau sebab mesti dorang rela nak masuk punya.


Ada lagi satu jenis lanun yang suka membanggakan alexa rank dia kat shoutbox aku tu dulu. Entah apa kes dengan perempuan tu. Dok masuk blog aku mesti ada je kata dia baru updated entry pasal blog rank dia yang dah ke berapa minggu ni. Kau dah kenapa weyh? Aku tak minat langsung nak tahu rank blog kau. Kalau rank blog kau tu lagi tinggi dari blog aku kenapa? Kau fikir aku akan jeles ke? kah kah kah. And obviously aku tak akan masuk langsung jenis blog macam ni. Buat apa nak kasi traffik free kepada traffik lover macam tu. Sila bayar aku sejuta dollar baru hari-hari aku masuk blog kau. Fikir semua nak free je!

Ada lagi ni jenis lanun yang suka inform kat aku yang dia dah click nuffnang aku. So? Kau expect aku akan click nuffnang kau semula ke sebab kau dah tolong click kan? No way ok! Macam aku yang suruh kau click nuffnang aku. Ada ke kat mana-mana dalam blog ni aku tullis "please click my nuffnang. And I will click yours too". TAK ADA kan? Lain kali bukak mata tu besar-besar! Suka hati kau nak click ke tak. Aku tak paksa dan tak kisah. Dan ini mouse aku suka hati aku lah nak click nuffnang kau ke tak. Point ni include untuk lanun dapatwang tu yang suka benar tinggalkan link dapatwang dorang kat shoutbox tu. MENYAMPAH ok.

Dan yang last. Bila dah masuk bulan puasa ni ada je yang datang tulis "Selamat Berpuasa". Ha? Aku tak pernah puasa weyh. Asal kau cakap macam tu. Tak tahu ke penulis blog ni cina? Lagipun benda ni tak payah lah kot. Semua orang dah tahu dah masuk bulan puasa. Lepas tu bila raya akan ada message "Selamat Hari Raya. Puasa penuh tak?". LMAO! Benda ni ikut musim. Bila musim bola. Akan ada message "Sokong team mana malam ni?". Tak payah jadik typical untuk tulis message tu sebagai tanda kau blog walking.

Sebab tu aku remove shoutbox aku terus. Lepas raya aku masukkan balik itu pun aku ingat mana aku campak code shoutbox aku tu.HAHA. Kalau tak nak sembang kat Twitter sana boleh sembang kat shoutbox. Boleh bergosip macam program cik kiah. Bukak kopitiam sendiri. Sembang pasal dunia pun boleh. Kau nak marah-marah aku atau nak carik pasal pun boleh tapi tolong tinggalkan link atau email. Jangan jadi manusia yang hanya tahu menyorok kat belakang batu belah batu bertangkup tu!

Tapi bila ada manusia yang tak reti pakai shoutbox. Jadi macam kes yang aku mention kat atas ni lah. Mungkin jalan penyelesaian yang terbaik ialah adakan kelas Mari Menggunakan Shoutbox dengan Cara Lebih Efektif. Yuran pendaftaran adalah PERCUMA! Siapa nak join sila angkat bulu hidung masing-masing! kah kah kah.

Ok. Itu sahaja point aku untuk kali ini. Ada apa-apa penambahan ke my dear readers? Kalau ada rasa tak puas hati ke apa boleh komen kat bawah ni. Jangan risau. Aku memang baca setiap komen kau orang kat blog ni walaupun aku ada penyakit liat balas komen blog. LOL :D

p/s: I wrote an entry on another blog. If you interested to read it, just visit Fitri's blog :D. Tq.

post signature

tag: , , , , , ,

48 jenis rojak:


wannurfazrini said...

ngehehe , marah btl cik amoi, mmg benda tu annoying sgt2 tp tu cam adat melawat blog org kot. hahaha

x-po said...

kalau aku, aku tak kisah pun..janji diorang masuk blog aku, then bagi trafik kat aku..hihi

Bilakah semangat berblogging anda akan meniti hari tua?

Farah-Izzaty said...

ekekeke...
gelak guling2 baca entry ni..
sama la kite..
selalu kena macam tu..

:: Feez_Mior :: said...

hehe..tu laa kan..pasal follow memfollow satu hal..terang2 dh letak note atas box follower tu..benda yg sma jgk dia letak dkt SB.. I follow u, follow me back..

p[A]n[A]d[O]L said...

hahaha
slalunya yg leave msj like dat outsider kn?
i mean bukan malaysian la..
knfm dorg xkn terasa tue amoi coz ko speking malay.
mn dorg paham tue.

btw amoi, selamat b'puasa yer.
puasa penuh tak nie?
hahahahaha

MATAHARI said...

yup, i agree..thats why i didnt put shoutbox in my blog,

Ery Farieha said...

haha
die xtau u cina sebab u speak malay very well kot.
kan?
:)

The Poyo Me said...

"Bila dah masuk bulan puasa ni ada je yang datang tulis "Selamat Berpuasa". Ha? Aku tak pernah puasa weyh. Asal kau cakap macam tu. Tak tahu ke penulis blog ni cina? "

hahaha...priceless...

*personally ak xkisah pon org masuk blog ak ke idok, so ak cume blogwalking utk suke2 jer. nak klik blog ak, kli la. tp x digalakkan sbb byk sampah. wee~~

Liyana Lunia. said...

ko cuba la buat satu entry cina baru org tahu. mana la aku tahu ko cina kalo aku tahu, aku dh ajak ko mkn tau fu fa dh tghari tadi

sbb tu aku buat shoutbox aku kecik, sbb aku je bole tgk sape yg dtg, and aku je tahu aku pegi blog sape keh keh keh

Fazreen said...

yeah hidup amoi! hahaha..aku rasa aku tau sapa yang camwhoring tu..si lolly****** kan kan kan..hahaha

RedBoy said...

ahakz..stuju dgn ery.. red juga ingatkan u ni melayu sbb speak melayu very perfect.. kagum laa.. first dulu sangkakan melayu rupanya cina.. adoii.. hehe.. stuju dgn point dr u.. huhu

alien said...

sabar cik sabariah
kat dunia ni macam2 org guna internet
yg cik sabariah jumpe itu antara spesis2 nya la tu
hehehe

alien said...

walau u amoi
nama cik sabariah tu bole guna utk nyamar ooo
ala ala nick gitu
kekeke

Holden Caulfield said...

macam-macam la orang dalam blog ni.kah kah kah!

mrnamie said...

aku pon dah remove shoutbox... sebab tu aku ada buat entry "Tips: Aktiviti sesuai ketika sesi blogwalking".. haha

J. Love said...

hi.

visit my blog. leave some comments. click my nuffnang and advertlets. erm.. browse through my endless pages of entries. errmm ask questions in my FS. follow my twitter.

come come come.

pink said...

huhu jgn marah marah ye amoi comel ? :)
chill babe !

ღnurull.mrs21ღ said...

aku suka lah entri kau amoi.. kalau sekali2 xpe jugak.. ni hari2.. naek bosan.. aku x update 2 minggu pon ade dia hari-hari..good entry!

nfahk said...

haha.. im ur silent reader..^__^ klakar gilak lah weh, tanye u puase ke tak.. better u wat banner tulis cina besar2 :)

jijie said...

hehe... dulu pernah buat. tapi sekarang bila dah lama2 terpikir macam takde motif dan rasanya benda tu macam tak bape penting da, da tak buat.
nway, ape u yang cakap tu memang betol... =)

Robot Baik said...

setuju! *sambil tepuk-tepuk meja macam dalam parlimen.

hellioz said...

hai...
sayer da klik innity awak
klik ads sayer balek yer,...

gyahahahahahahah~

hellioz said...

@Fazreen

larh...
dia ke?
gyahahahahah~

hellioz said...

j.love kelakar!
gyahahahahahahahhhahahahaahahhah~

Fitrihadi.com said...

itu semua lanun rajin terlebih.. pedulikan... takde lanun takde earning ar kita haha

aseng said...

cam terasa la pulak..tp kan bila melawat kat blog org tuh emg kita mcm nk say sumthing la kan..mcm tinggalkan sign kt buku pelawat kalo g umah kenamaan...mybe dah jadi amalan la klo lawat blog org g say sumthing kt shoutbox dye..huhu

atreyu strange said...

Real lanuns don't visit and leave empty-handed. Enuff said. :P

Encik Tikus said...

nanges aku baca entry nie. tak sangka you nie cine ehh ? *tibe2 you2 plak. hahak ;P

Soni Gonzales said...

hehe, rilek la.org tak tau ko amoi. aku pon hmpir2 taktau sebb writing bm ko agak hebat xder la rojak pon.hehe.bm language ko power ape, ko write pon aku igt ko mcm malay.hehe. tp ape pon, satu lg lanun ko lupa nak letak.haaa, lanun curik idea.kita post kat blog kita, tau2 je benda sama bulat2 kat blog lain.yg terbakarnya kredit tak disebut plak.huhu.pglaman beb

Pendekar Berkuda said...

:: agak terasa juga sebenarnya dengan entry ni...
pendekar (selepas ini disebut aku) sebenarnya salah seorang.......

tapi aku bukanlah orang yang suruh orang lain lawat blog aku yang cincai mincai tu... apa yang selalu aku buat cuma pergi blogwalking dan tinggalkan jejak aku kat shoutbox diorang.. say "singgah sini...", "istirehat sebentar di sini...", "pijak karpet anda.." dan macam2 lagi la...

pasal nuffy tu pulak...aku cuma mengklik dan klik hanya bila aku jumpa... sebab aku cuma nak tolong orang yang rajin blogging macam korang semua ni...korang bukan sahaja banyak habiskan masa dengan blogging...korbankan masa korang... so, apa salahnya kalau aku hargai korang yang rajin taip entry2 yang berguna kan??

komuniti blogging ni bagus sebenarnya... janganlah kerana tak sukakan pada si A dan si B tu..ada yang nak kutuk2 sampai lebam-mebam....

pada aku...lanun2 tu memang la agak annoying... tapi bagus juga... seperti kata salah seorang komentar..."kalau takda lanun takda earning la kita"... lanun2 yang rajin tu dah tolong kita... jadi apa salahnya kalau kita tolong mereka kan??

dan pada yang kejar trafic tu...aku rasa korang yang dah expert ni pun pernah rasa dan menjadi seperti diorang kan?? majoritinya akan said YES!...jangan berlagak nak kata TIDAK!...so, biarkanlah diorang... nanti dah penat...tahulah diorang berehat...

pada tuan punya blog...hargailah komuniti blogger...walau siapapun mereka...walau bagaimanapun sikap mereka...be rational.. and be positive... kalau diorang salah...nasihat...kalau tak dengar...suka hatilah nak buat apa...

maaf kalau ada yang terasa...aku orang baru..newbie lagi..masih merangkak-rangkak mencari tapak dalam dunia blogging ni...

p/s :: kalau ada yang salah dalam perkataan dan bahasa... atau pun tak suka dengan komen ni.. buang aja... tong sampah dekat aja kan??

Selamat Berblogging!


sekian,
Pendekar Berkuda
"Pendekar Terulung Tidak Tercipta Sedetik Cuma!"

amoi said...

@Pendekar Berkuda I guess this is the feedback I looking for.

"kalau takda lanun takda earning la kita" -- ini kata-kata pujangga seorang Traffic Lover. Dia mengharapkan semua org feed traffic dia sahaja! Buat blog semata2 kejar earning untuk apa?

Entri pun tak seberapa tapi mengharapkan earning yang banyak. Mengharapkan traffic yang melimpah luah datang kat dia.LOL.

Kau tak rasa ke entri ni entri sarcastik? LOL. Asyik-asyik nak baca yang sedap mata memandang. Sekali sekala baca benda yang UGLY TRUTH pun dah nak sentap apa halnya?

Always be positive is not the way for living bro. Kau kena ada negative ion jugak dalam fikiran kau. Baru terjadinya satu fikiran liberal dalam pala otak kau.

dan. FEEDBACK SEBAGUS ni aku tak akan delete! LOL.

p/s I am not argue with your statment.

Pendekar Berkuda said...

@amoi

correction...im not liberal...im not that type of man..and i wont be that type of man...hahaha...

aku tak hairan pun...lantak la dengan diorang... asalkan diorang bahagia... hargailah pengunjung anda..walau siapapun mereka... asalkan mereka tidak merosakkan rumah anda...

umpama dapat tetamu waktu bila musim perayaan ataupun hari biasa... takkan korang nak reject cam tu je kan?? nak taknak terpaksa juga terima...
asalkan diorang tak bakar or musnahkan rumah korang sudah...

tetamu yang datang...terimalah dengan hati yang terbuka... jangan pulak bila diorang dah berambus..korang kutuk2 belakang2... baik betul perangai.... orang lain tak pulak camtu... blogger yang top adalah orang yang sanggup terima kritikan...kerenah...makian...dan segala-galanya dari orang lain... tapi macam @amoi kata..mesti ade negative thinking gak kan?? (aku tak suka menda ni..hatta kalau aku kena tipu sekalipun... )..

kerana yang aku tahu..setiap keburukan..ujian..dan kesusahan...pasti ada kebaikan di hujungnya....

so...menyemak lagi kat sini.... aku tau tuan rumah ni suka ngan komen aku yang panjang lebar ni..hahaha...sorry amoi... jangan marah... hehe...

fnd said...

boleh berjaya tak jadi lanun ni..kalau hasilnya baik nak jugak jadi lanun walaupun akan dikutuk dikeji.haha.aku takda shoutbox..takda nuffnang...jadi rasanya blog aku susah sketbutk jd target..cuma kadg aku tggalkan juga link kat org atau tggl nama kat shoutbox...saja nak interframe.hoho

Mz Nik Zakiah said...

Berasap gak hati bc entry cik amoi heheh...hurm maybe cik amoi ni da femes+well establish+expert blogger i guess sbb tu cik amoi bt entry bersifat cenggini..For new blogger (aku la tu).... lanun,tinggal msg kt SB adalah salah satu cara nk uptrafic plus menunjukkan kewujudan blog kita. Kadang2 kalau entry bagus tp kalau xblogwalking @enterframe blog kita susah gak org nk tahu kewujudan blog tu or secara analoginya mcm nk jual product gak kena iklankan kalo nk berjaya

amoi said...

@Mz Nik Zakiah

maybe cik amoi ni da femes+well establish+expert blogger I guess sbb tu cik amoi bt entry bersifat cenggini

I want to make clear for that statement. I am not well known bloggers. I am not expert too.

The reason I wrote this entry not because I feel myself is well known and bla bla bla like you mention in ur statment.

I wanted to tell people how this blogsphere become for now days and blog walking tak akan tambah earning dalam blog kita walaupun got a very high traffic on your blog.

Dulu. Aku mana reti nak blog walking. Istilah blog walking aku pun tak tahu beb. But satu je aku tahu. Orang akan noticed dengan entri kita kalau entri kita best melangit. like you all yang datang baca this entri. No need nak promote bagai macam MLM segala tu kat shoutbox tu.

btw, why don't you use Twitter and Facebook as the medium for u to spread about ur blog?

hudhud said...

haha yah same here wth me. i pun kdg2 benci bila ada yg tulis cmtu. but abt nuff i dnt really care tt much. btw, i rasa u kena tulis besar2 kat header tu, I'm chinese ! LOL.

Kujie said...

ha ha ha...naga dah berapi²

Farihah Ahmad said...

biasa la cik kiah. dunia blogging itu besar babe. sbb besar, mcm2 ragam le kita kena ngadap. btw, btw, puasa tak ;p~

AyuE SurihanyOt said...

weh...datang blog aku klik nuff...pas tu kalau boleh tetiap bulan datang utk up kan trafik aku..boley la boley la...



eyh..kau cina ekk??serius aku tak caya...=p

aku nak cakap gak..

SELAMAT HARI RAYA...lalalala~~

anak abdullah said...

lanun2 ni bukan tau baca pun

Wan Gerrard said...

Err salah ke? =P
Gerrard selalu buat cmtu.hehehe

Anonymous said...

sebenanye ini amoi saje je buat post mcm ni
nak traffic gak kan? hahahaha

Evo X said...

Hello amoi, mana dia shout box? Saya nak tinggal mesej sikit, lebih kurang macam ni, "selamat berpuasa", "jom baca entry baru blog saya"...hehehe, jangan marah amoi. Dulu saya pun aktif buat blog personal macam ni tapi sekarang dah pencen. Sekarang buat blog macam lain pulak..

Dinie said...

gua suka baca blog org...
n gua kadang-kadang akan tgglkan komen...

tapi...

gua tak ada blog...

so, gua mmg xkan wat ape y lu ckp ni la... haha

Nerzhul said...

haha betul sangat tu. orang tulis untuk orang bace. dan komen kalau sudi. aye aye kapten!

DS said...

Biasa kalau mesej kat shoutmix,x balas pun..kecuali kalau dia berjaya membuatkan mesej dia tu nampak real..

BN Youth Lab
Mohor Maju Berwajah Baru

Abul Akmal Arif Bin Anuar said...

sesungguhnya aku berbangga dengan kau cik amoi
dari segi penulisan kau yang agak kebakuan
walaupun ada satu dua perkataan harian
tetapi itu adalah JAUH JAUH lagi rajin daripada orang lain
hihihi
-tabik-

Fara Nurailiz said...

terbaik giler!
ayat mmg best abes..!

Semua komen akan di-approve oleh saya sebelum ianya di-publish ok? :)


 
Modified By amoi rojak | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top
Hit Counter