Rupanya baru aku tahu. keychain felt yang dijahit sangat susah. Selama ini suka benar order felt dari blogshop. Sekarang ini sudah berani terei buat sendiri. Walaupun hasil dia tak secantik mereka yang dah pro. Tapi aku puas hati. Kerana ini hasil tangan kasar daripada aku. Ye. Tangan aku kasar. Tak pakai pun losyen tangan seperti gadis lain. Hanya membasuh tangan menggunakan lifebuoy sudah mencukupi.

Ini felt keychain pertama yang aku hasilkan. Punya excited masa kain felt dah sampai rumah. Dengan bahan yang tak cukup. Benang dah nak habis. Guna sahaja apa yang ada. Akhirnya terhasil keychain bulat ini. Tak kemas sangat.
Lepas tu rehat sekejap. Sebab dah masuk minggu peperiksaan.

Felt gitar merupakan keychain felt kedua yang aku buat. Sangat mencabar buat bentuk gitar ni terutama sekali ketika menjahit. 5 kali aku jahit. Kerana mahu nampak kemas.
Kemudian felt lain yang aku buat sempena minggu peperiksaan dah tamat.



Felt rerama ialah felt yang terakhir aku hasilkan setakat ini. Belum jumpa idea untuk hasilkan bentuk apa pula. Kalau mahu jahit plushies memang jauh lagi gamaknya.
Maaf. Aku tak buat bisnes keychain felt. Felt yang dihasilkan merupakan koleksi peribadi aku.
Mungkin selepas ini akan belajar mengait topi. Sekadar mengisi masa lapang.
tag:
crafting,
felt,
keychain
25 jenis rojak:
puas hati kot sebab kita hasilkan sendiri kan. teehee :) nak try buat jugak ah :D
Wow,cantik lah kak.
thats cute . lets exchange banner :)
Buat kan i satu leh ? Gift. Haha.
@sarah mohamad try ah. there is tons of tutorial making felt in youtube :D !
@Oreo ni tak boleh consider as cantik. comel boleh lah :) . kihkihkih
@Gadish Lollipop send it your application to Linky-Linko blog. peh macam nak enroll untuk job plak XD
@Encik Psychopath u nak i buat bentuk apa? kalau bentuk senang boleh lah :p
Pergh!
Dalam tu isi kapas ke?
Aku tanya sebab aku memang tak tau (segannya =.=)
alah !! baru nak ordEr .. tp x wat bisnes plak . hurm :(
eee, cantiknya. bestnya kalau dpt try buat sendiri. nice work amoi. :)
wahhhh kalau bukak bisnes compem laku. cantekla rerama tu ;)
gila comei gitar & arnab tu XD
buat pouch nset tamo?
buat pouch nset tamo?
@LORD ZARA 札拉 HAHA. memang kapas. tapi bukan kapas yang biasa digunakan. kapas dia nama fibre. jenis kasar dan tak sesuai untuk lap muka. kekekekek ;p
@deeya tak berani lah nak buat bisnes lagi. sebab takut customer rekues bentuk susah susah :'(
@Hahazirah belajar dari youtube je cara jahit dia. bila dah tahu cara jahit boleh lah buat. :)
@Fika Rozaidi kalau nak buat bisnes kena ada komitment tinggi. aku ni dah lah hangat hangat tahi kucing jah babe. haha
@miss lyianne gitar tu I siap beli dia punya tutorial sebab kat google macam tak jumpa je dia punya tutorial tau. :')
@Farihah Ahmad kau nak ke? untuk kau boleh. tapi sebagai tukaran. Fahrin Ahmad satu! hahaha
comel la. kalau dpt buat ni, mesti best. btw, kat mane nak cari brg2 utk buat bnde ni eh? hehe
yg gitar tu cntik ah..
amoi...sy bru stat wak felt nieh..lalala...fun giler..hahaha
inspired: SUS n d felt product?? eheh awesomeee! hobi baru dikala tensi T.T
Semua komen akan di-approve oleh saya sebelum ianya di-publish ok? :)