Siapa tak kenal gadiscomel.com kan? Website yang menghimpunkan gambar gambar gadis yang kononnya comel padahal kesan edit daripada photoshop. Paling tidak pun di edit pakai photoscape. Kasi bright sikit. Hilangkan parut jerawat dan jerawat kat muka. Dan voila! Kulit muka jadi licin dan flawless dalam gambar sahaja. Semua pun puji cantik lawa gambar tu. Oh jangan lupa pakai fake lens kaler warna warni tu masa snap gambar.
salahkan cuaca kat malaysia yang sentiasa panas. kalau tidak muka aku dah flawless macam ni tahu tak payah susah payah nak edit pakai photoshop jadi fake beautiful. Credit PictureBila dia tengok gambar tu dah diedit jadi cantik dan lawa, terus dia memerasankan diri ingat diri tu lawa sangat. Bila ada segelintir si polan ni menganjurkan Pencariaan Lelaki bla bla bla dan Awek bla bla bla dalam Facebook apa lagi terus upload gambar yang dah kena edit tu dengan menyedapkan hati cuma suka suka upload dalam fan page tu. Tak luak pun.
Dapat like beratus ratus kena puji cantik lawa comel dan sewaktu dengannya. Dengan harapan akan mendapat gelaran Awek Cun atau Comel. Lelaki plak dalam gelaran Lelaki Macho katanya.
Kenapa ramai nak masuk pertandingan pencarian bla bla bla semua tu? Kalau menang dalam duit ke dapat gadget dapat ipad ke dapat jadi cover page majalah ke aku boleh lah faham kenapa ramai berduyun berduyun manusia cuba nak menonjolkan diri siapa paling cantik. Setakat like beratus dan gelaran untuk sekejap. Lepas 2 3 4 minggu akan dilupakan orang gambar kau tu. Akan digantikan pula dengan gambar orang lain yang lebih menyerlah daripada kau.
percaya tak ini gambar aku yang telah dipatungkan? Credit PictureDapat gelaran kat Facebook je. Bukan dapat gelaran dalam dunia realiti yang sepatutnya kau face each day. Kalau dalam dunia realiti pun ada orang puji kau cantik, kau memang cantik lah sebab apa yang dorang tengok ialah wajah realiti kau walaupun muka kau hanya tempek bedak asas je. Setakat puji gambar aku pun boleh edit jadi cun tahap miss universe tu nyoi.
Bila gambar kau dah tersebar dalam Facebook Pencarian Awek bla bla bla dan Lelaki bla bla bla ianya akan tersebar ke tempat lain juga. Percayalah. Ramai manusia jahat kat luar sana yang nak memanipulasikan gambar cantik macam kau.
Contohnya gambar kau akan masuk gadiscomel.com , awekcomel.net. Bila masuk kat website tu semua mula lah kau nak melenting katanya gambar kau kena curi padahal diri sendiri yang merelakannya tanpa sedar. Tak kan tak ingat kau upload untuk suka suka sahaja kan.
Aku pun upload gambar sendiri kat Facebook sana. Edit gambar pun ada. Tapi tak ada lah buat kerja gila sampai nak upload kat laman lain. Kat blog sendiri pun kau susah nak nampak gambar aku kecuali gambar sidebar yang aku dah edit kasi tak nampak. Malas lah nak tayang tayang muka kat blog ataupun kat laman lain. Aku tak lawa pun macam blogger perempuan lain yang tempek gambar sendiri sebesar alam kat header tu :p. Setakat gambar doodle perempuan yang dilukis sendiri pun dah cukup ye dak?
Ok. Sambung buat kerja. Pokus. Pokus.
Nota Kaki :
Sudah mempunyai laptop baru. Gembira.
Header sudah bertukar wajah.





















25 jenis rojak:
sekarang ni mcm2 leh jadi,so hati2lah dgn gmbr yg dtygkan..
btw,amoiiiiiiii,aku suke doodle peace ko tu.haha
ehem. part yang tempek gambar sebesar alam kt header tu memang tak boleh blah! kahkahkah ;p
kena confident tinggi tuhhh...
ramai lagi yg jahil dan buta
kne buat kempen ni
itulah trend zmn skang. isy³~
hahaha betul2! kalau muka lawa hasil mekap dr photoshop apa kes? x natural la gitu.
malulah nak jadikan gambar sendiri sebagai header :'>
'eleh, dia tak lawa, sebab tu post macam ni!!'
kata seorang yang marah sambil menyisirkan rambutnya
saya nak tanya,awk tahu tak photoshop yg leh edit gmbr tue????yg free punya tau?????
@cikdara Thanks sebab suka :DDDD
@mcjust.lol masalahnya aku tak ada konfiden. kah kah kah
@eszol raar kempen macam mana yang dicadangkan sebenarnya?
@Hahazirah manusia kan suka kejar trend :P
@Fatehah A. tu ler. jadi yang memuji tu sebenarnya memuji kecantikan palsu ye dak?
@Zala Wajik kau tu memang malu. sampai gambar sendiri kat Facebook kau pun blur blur gitu. nak jadi unknown. kekekekeke
@joegrimjow saya memang tak cantik pun =">
@Anonymous boleh refer sini
http://rojakstory.blogspot.com/2010/05/download-portable-photoshop-cs5.html
bertuah jadi lelaki tak kacak sebab takde yang nak ambik gambar untuk disalah guna..
bila dah masuk web2 camtu.. salahkan diri sendiri lah kan.. =p
hehe.. setuju tue amoi.... skang nie.. byk pic girl2 comey ditayang kt fb or mner2 web sosial... pdhal user dia lelaki... lelaki jugak yg tertipu...
@Bro Fit padahal kacak ;p
@Amirrah Zawani kalau tak upload kat mana mana mesti tak tersebar kan. lain lah ada stalker yang tolong snap kan ;p
@Dee Dyana gay?
LOL
gadiscomel.com?..xde pun???
nasib baek sye x suje edit gambr
aku setuju dengan entri! apa guna, tayang itu tayang ini orang lain yang puas. tu la mereka2 yang bertindak bodoh insaf la..
Semua komen akan di-approve oleh saya sebelum ianya di-publish ok? :)