[Tentang 10] Day Three : 10 Things I Hate

written by Amoi in silent motion
Tentang 10 mengenai tentang 10 perkara mengenai diri aku. Dan ini akan diadakan selama 10 hari kecuali pada hari Rabu (ada segmen lain aku join dalam blog untuk hari Rabu sahaja)


day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words
Day Three : 10 Things I Hate

#1 Bila sakit kepala satu benda pun tak dapat buat. Benci hoi. Lepas tu muntah muntah. Lagi lah merana aku.

#2 Aku benci bila tak ada duit. Mati kutu aku dibuatnya. Banyak barang nak beli. Bila tak ada duit, terus diam duduk rumah makan megi. T_T

#3 Jangan nak ajak aku jogging. Aku memang tolak mentah mentah. Sebab bila aku jogging muka aku jadi merah sangat. Hodoh tahu. Baik jogging pakai mesin senam kat rumah tu.

#4 Aku sayang Photoshop tapi aku tak sayang Illustrator. Benci. Sampai sekarang tak reti pakai Illustrator. T_T

#5 Aku tak suka orang jawab dengan jawapan satu ayat. Aku dah cerita panjang panjang kau jawab OK je? Memang nak kena sula dengan aku agaknya tu!

#6 Tak gemar langsung kalau sayur. Kecuali bayam! Sayur sepatutnya tak payah wujud kat dunia ni langsung. grr

#7 Justin Bieber dah umur 17 tahun ni. Aku tunggu umur dia 19 atau 20. Nak tengok wajah pra matang dia tu. Jadi Bieber, please membesar dengan cepat. Baru ai remove you dari hate list ai ni. mwahahahahaha!

#8 Aku benci woi semua jenis serangga terutama sekali serangga terbang ni. Euw!!!!! Rama rama pun aku benci sebab dia ada sayap. Kalau aku nampak serangga ni semua mendekati aku, melompat aku ke atas meja jawabnya.

#9 Asal aku benci dengan anjing lah, anjing anjing suka mai dekat kat aku. Aku takut dorang gigit aku. Sebab tu sampai sekarang aku tak suka. Pernah kejar dengan anjing yang tak hensam langsung. :'(

#10 Slow internet buat aku sakit jiwa. Bila dah slow, itu jam juga aku telefon customer services dorang. Membebel dalam telefon. Pok pet pok pet. Kalau dah slow, apa benda pun tak dapat buat. Aku ni dah lah kerja pakai Internet. Kalau tak ada Internet macam mana nak kerja?
Sebenarnya payah benar aku nak cari 10 benda yang aku benci atau tak suka ni. Macam tak ada je benda yang aku tak suka. Amik masa sampai dua hari tahu nak list down 10 Things I Hate ni. T_T. Besok Day Four plak! Ok yang itu aku excited :D
tag:

17 jenis rojak:


Pijahh' de-Arr said...

illustrator best apa..~

no 6 tu mmg patut punn..baym pun sama..hahhaaha

tak perlu wujud dlm dunia..~~

=D

apik pehe said...

pelik dak ni sbb benci justin bieber..hahaha

FatinSyahirah said...

benci time tak ada duit jugak!!!!!! time tak ada duit lah rasa macam nak beli itu ini. time tak ada duit jugak lah nampak semua barang cantik. haih

THE LEKAT LEKIT STORY said...

segmen mengenal diri sendiri ni.. sy pun kdg2 jd blur nak list tentang diri ni. apa yg suka, apa yg tak suka.. apapun tak semua org blh buat, so kamu antara mereka yg hebat

puteri ain said...

i love sayur :P

tricksrex said...

haha sama la tang sayur tu amoiii
kekekekekeke

haha rasenya nak list i love lagi susah dari i hate tau haha

Wafiy Suzly said...

aku mmg tak minat bieber..

Amirrah Zawani said...

eh u tak suka anjing???
macam agak pelik sbb selalu cina kan suka anjing.. hehe!! :)

W. Hidney said...

siapa jer yg suka kalau tak ada duit amoi manis?

Asrul "iLham" Sany said...

sy minat justin bieber

lol

Amoi said...

@Pijahh' de-Arr untuk you best lah. untuk ai macam haram T_______T

@apik pehe tak suka suara dia. keanak anak kan sangat.

@FatinSyahirah tu lah. bila ada duit nak beli. barang yang cantik tu dah dibeli oleh orang plak. T___________________________T

@THE LEKAT LEKIT STORY eh saya tak hebat pun.

@puteri ain sayur tak patut wujud pun sebenarnya. ni semua salah alien. eh ada kena mengena ke? >>_<<

Amoi said...

@tricksrex aku terbalik plak. hehe

@Wafiy Suzly tapi sebenarnya minat kan? trololololololololol

@Amirrah Zawani memang tak suka anjing. ai macam my sis. nampak anjing lari sebatu!

@W. Hidney sebab tu dalam hate list ni. :)

@Asrul "iLham" Sany trolling?

Cik Mira said...

ai tak penah minat justin bibir. hahaha rase nak lelempang je muka dia. kakahkahkah

Amoi said...

@Cik Mira muka dia sekarang baby face. nanti tengok lah umur dia 20 lebih. haha

Anonymous said...

amoi, jom pegi taman rama rama....

mOon jOhari said...

no. 1 tu mmg sama la kita...sgt3 x suka...

Amoi said...

@mOon jOhari kalau sakit kepala kat rumah tak pe lah. ini kalau kat tempat kerja. matilah

T______________T

Semua komen akan di-approve oleh saya sebelum ianya di-publish ok? :)


 
Modified By amoi rojak | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top
Hit Counter