CNBLUE - First Step dah sampai rumah *excited*

written by Amoi in silent motion
HAHAHAHA. Itu hari aku punya semangat pergi buat kad debit Maybank semata-mata nak beli CNBLUE First Step ni kat Yesasia.com. Sebab kat dalam website tu pakai paypal. Jadi terpaksa buat kad debit. Apa-apa pun memang berbaloi woi.

Aku tak tahu lah kalau kedai lain jual , album sales dia masuk dalam chart muzik kat Korea ke tidak. Tapi Yesasia.com memang masuk chart muzik kat Korea sana based on idol punya album sales. Contohnya program Music Bank pakai Hanteo Chart kat Korea. Sebab tu aku beli! Sebab nak support CNBLUE tu punya pasal. kahkahkah!

Aku sangat puas hati dengan services Yesasia.com ni sebenarnya. Depa kata 18hb December baru sampai Malaysia. Tapi aku dapat album CNBLUE tak kurang dari 5 hari sahaja. Rakus sungguh aku bukak segala bubble wrap album ni. Hehh. Sangat excited bila album dia dah ada kat tangan aku weh..

Total semua RM80. Album dia dah harga RM54 kot dan harga shipping dia RM24. Nasib baik beli time Yesasia buat sales untuk album CNBLUE. Kalau tidak mahunya dekat seratus lebih aku rasa. Aku dulu fikir beli album jadah semua ni macam bazir duit je sebab boleh download. Tapi sekali kau dah minat satu artis tu, kau akan cuba support idol tu secara legally ^o^

I feel so worthy now for buying their album. Dear CNBLUE, please win more award since I have supporting you legally here :) Aku rasa berbaloi beli sebab bukan setakat DVD lagu je dalam album ni ada, dengan photobook pun include. Sangat high quality hokayyy gambar dalam photobook ni semua :D Boleh bawa tido photobook ni *letak bawah bantal*

*bau kedai lagi ni. Belum buka plastik lagi*

*DVD + Photobook*

*Lee Jong Hyun!!!!*
Video unboxing from me :D


Lepas ni rasa nak beli album 2PM yang Ultra Lover sekali dengan photobook. HEHE. Dengar katanya 2PM Hands Up Special Edition cuma print 30k je sebab tu album Hands Up tu limited edition. Dah habis weh semua copy Hands Up Special Edtion T^T. Pak cik JYP tu tak nak buat second round copy :(

Tak pe. Aku target Ultra Lover. Kalau nak beli Republic Of 2PM yang baru keluar tu memang tak mampu aku~ *berdoa Yesasia.com buat sales kat album 2PM ^o^*

Photobook yang penting sebenarnya. Kalau lagu aku boleh download. Photobook boleh bawa tido. hahahaha!

p/s: aku rasa sangat power bila baca kat belakang album CNBLUE tulis : Printed in Korea. kahkahkah!
tag: , , ,

12 jenis rojak:


coachnike28 said...

enjoy your music...but beware when using dedit card

fany wany said...

aaaaaaaa, CNBULE lahhhhhhh :D
yong hwa oppa =="

julietANNA said...

YONGHWA OPPAAAAAAAAAAAAA! *nangis*
Tak boleh jadi ni. Nak kena pergi beli jugak. Jealous kotttt tgk photobook tu! Patutlah mahal kan, quality dia elok.

Miz Waniey said...

mmg die-hard punya fan...=)

Naruha Atsuko said...

woah! debit kad tu cmne nak gune ah? untuk pe? nak beli gak lah..

Ashraf said...

Haii amoi.

Boleh tak tolong senaraikan tajuk lagu korea yang sedih?

Thanks

Amoi said...

@julietANNA Beli cepat cepat. Buat I jeles. hahaha!

Amoi said...

@Naruha Atsuko Debit Card macam kad kredit gak. Awak pergi Maybank buat akaun kata dengan orang tu nak buat debit kad. Nanti dia bagi awak kad debit Visa atau Mastercard. Pastu awak sign up Paypal and then link kan debit card awak dengan Paypal ^^

Amoi said...

@Ashraf Try cari OST cerita Stairway To Heaven :)

luckiey said...

i love cn blue....yong hwa ngan jong hyun punye voice cedapppp didengar....hehehe....my favorite song-intuition

farah said...

kalau beli thru kpop blogshop lagi murah.
n tak payah pakai debit kad segala.
also kira dlm hanteo jugak.

Si Biskut Rangup said...

bez nye...mesti amoi ni minat sangat ngan korean kan...hihihih...boleh la t wat sale movie2 drama2...dpt gak sy beli...boleh la plsss...hihihi...

*follow kite ye* ^_^

Semua komen akan di-approve oleh saya sebelum ianya di-publish ok? :)


 
Modified By amoi rojak | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top
Hit Counter